CAHAYA RAMADHAN DAN IFTAR : Tenang Dalam Kesibukan: Mencari Makna Hidup & Kerjaya
Offer Details :
Program ini dianjurkan bagi mengimarahkan bulan Ramadan melalui pengisian kerohanian serta aktiviti iftar secara bersama. Penganjuran program ini memberi peluang kepada peserta untuk menimba ilmu agama, meningkatkan penghayatan ibadah dan mengeratkan silaturahim dalam suasana penuh keberkatan.
Pemilihan Ustaz Kazim Elias sebagai penceramah adalah bersesuaian memandangkan beliau merupakan pendakwah berpengalaman dengan gaya penyampaian yang jelas, berkesan dan mudah difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat. Kehadiran beliau dijangka dapat menarik penyertaan yang memberangsangkan serta menyampaikan mesej dakwah dengan impak yang lebih mendalam.
Secara keseluruhannya, program ini wajar dilaksanakan kerana mampu memberi manfaat rohani, sosial dan sahsiah kepada peserta, di samping mengukuhkan imej penganjur sebagai organisasi yang aktif dalam penganjuran program keilmuan dan kemasyarakatan.